Kisah Sedih Pasti Mengalir Air Mata Membacanya! | Assalamualaikum wbt,
Mungkin ada di kalangan readers pernah membaca Kisah Sedih
ini begitu juga dengan Dr Fuh. Walaupun dah baca 2 kali cerita ni, air
mata tetap mengalir jugak. Pilu sangat bila hayati betul-betul.
Cerita ini dipetik dari sebuah buku motivasi bertajuk 'U-Turn ke Jalan
Lurus' oleh Zul Ramli M. Razali. Hayatilah sebagai pengajaran untuk kita
semua....
Perjalanan pulang dari showroom dengan memandu kereta baru
memberi satu pengalaman sangat menguja. Bau dalaman dan bungkusan
plastik masih ada., sudah cukup menceritakan bahawa impian
bertahun-tahun untuk memiliki sebuah kereta hebat telah menjadi
kenyataan.
Sesampai di rumah, kereta diparkir di garaj dengan berhati-hati, sudah
tentu sedikit calar akan mengguris kegembiraan yang sedang dinikmati
kini. Isteri, anak termasuk pembantu rumahnya entah berapa kali
berkeliling melihat dari pelbagai sudut dan memuji serta menyebut
hal-hal yang sama berulang kali. Anak kecilnya berumur tiga tahun nampak
lebih teruja dengan tak habis-habis keluar masuk kereta.
Malam itu, sebelum tidur juga duduk-duduk di tempat pemandu dan melihat
lagi keretanya sebelum ke katil. Mungkin tidurnya juga bermimpikan
kereta baru dengan warna merelit.
Hari esok, dia bangun penuh ceria, bergegas menghadap sarapan lalu
mencapai beg bimbit untuk ke pejabat. Kawan-kawan sudah maklum, dan hari
ini: Surprise! Begitu rancangannya.
Tetapi apabila dia menghampiri keretanya ada sesuatu yang sungguh
memeranjatkan. Dia mendapati sekeliling keretanya terdapat calar-calar
dengan goresan yang ketara. Beberapa saat terpinga dia hanya terpaku
berdiri kekejangan.
Beg bimbit terlepas daripada genggaman kemudian muka terasa panas tersimbah dan kem
arahan membakar dada. Spontan datang dalam mindanya wajah anak kecil
yang memang suka menconteng serata dinding. Baru kelmarin dia belikan
kotak pensil warna dan kertas lukisan bagi mengatasi tabiat menconteng
tersebut.
"Adik, mari sini!" Jeritnya kuat memanggil anaknya, nafasnya
tertahan-tahan dalam membuak api kemarahan."Budak ini kena ajar," getus
hatinya, berani benar anaknya menggores kereta barunya.
Si anak penuh ketakutan seperti seekor burung ciak yang menggigil dibasahi hujan. Tanpa berlengah bersama arus kemarahan yang sukar dibendung si ayah memukul anaknya
di serata badan sambil mulutnya tak sudah-sudah menghamburkan
kemarahan. Anak kecil ini hanya meraung dan menangis tetapi dalam hati
rasa bersalah atas apa yang dia telah lakukan.
Kemarahan ayah masih belum reda lantas mengambil pembaris besi nipis dan
dipegangnya tangan anak. Pembaris tersebut diracik-racikkan ke tangan
si anak sambil ayahnya berkata, "Ini ayah nak ajar kamu!"
Ia terus mengherdiknya berulang kali. Kalaulah tidak disabarkan oleh
isterinya mungkin jadi lebih teruk lagi anaknya. Anaknya tersepuk dalam
dakapan pembantu rumah dengan sedu-sedan serta air mata terurai.
"Mana pensel warna yang ayah belikan semalam?" bentak ayah sambil
mencari pensel warna yang baru dibelikan itu. Si ayah merampasnya dan
mencampakkannya ke dalam kereta.
Pagi tersebut sangat murung buat anak, sangat perit buat ayah. Ayah
masuk ke dalam kereta, menghempas pintu, menekan pedal minyak dan
berlalu pergi tanpa menoleh. Ibunya pula hanya punya masa sebentar
kerana terpaksa bergegas untuk urusan jauh ke luar daerah.
Tinggallah anak ini dengan air mata berlinangan, sedu, tangis dan kesakitan.
sekadar hiasan |
Ayah yang masih marah dan tidak dapat memaafkan anaknya terus menghantar
kereta ke bengkel dan dia hanya di luar sepanjang hari. Buat sementara
tertutup hati untuk balik ke rumah.
Lewat petang, telefon bimbitnya berbunyi, dengan malas dia mengangkat kerana dia tahu itu panggilan dari rumahnya.
"Bapak, apa saya perlu buat? Adik asyik menangis dan demamnya kuat
sekali." Adu pembantu rumah di hujung talian dalam butir bicara keliru.
'Biarkan dia, saya nak ajar dia cukup-cukup!" Dengan marah dia terus mematikan telefon bimbitnya.
Malam itu, ayah tidak pulang ke rumah. Namun ketika lewat malam telefon
bimbit berbunyi bertalu-talu daripada nombor yang dia tidak tahu. Dia
mengangkatnya. Amat mengejutkan panggilan tersebut dari sebuah hospital
meminta dia datang dengan segera. Tanpa berlengah, dia terus ke
hospital.
Dia mendapati isterinya turut berada di sana. Pembantu rumah yang
bergegas membawa anak ini ke hospital juga turut bersama dengan wajah
sugul bercampur rasa bersalah. Dia terus meluru masuk berjumpa doktor
bagi mengetahui kondisi anaknya. Alangkah pilunya apabila ia diminta
menandatangani akuan bagi melakukan pembedahan bagi memotong pergelangan
tangan anaknya..
"Seluruh sarafnya telah rosak dan bakteria telah masuk ke dalam sum-sum
tulang, kami tidak ada pilihan melainkan terpaksa memotongnya untuk
menyelamatkan nyawa anak ini." Jelas doktor dengan gambar x-ray dan
analisis lain penuh di atas meja. Dengan hati yang berat dia menurunkan
tandatangannya.
"Hari malang apakah ini..." tangis hatinya dengan rasa sesal yang tidak dapat dibendung mengenang nasib anaknya.
Si ayah melihat dengan penuh simpati pada wajah comel anaknya yang telah
terbaring setelah melalui pembedahan yang panjang. Dia tidak pasti apa
perasaan sepatutnya ketika itu. Berulang-alik rasa bersalah, kasihankan
si kecil, bodohnya tindakan, menyesal, simpati dan semuanya tidak jelas
tapi satu yang jelas ialah tangan anaknya telah kudung.
Apabila si anak sedar, dia melihat ayah dan ibunya berada di sisi. Dia menangis sambil memohon kemaafan.
"Ayah... Maafkan adik, adik janji tidak akan gores kereta ayah lagi."
"Ayah tolong pulangkan pensel warna adik ... Adik nak melukis," rayu
anak kecil itu dalam esakan meninggi mengemis simpati ayahnya.
Kelu lidah ayahnya, hanya air mata hangat mengalir dan di dalam dada
sarat tergumpal rasa sesal. Dia hanya mampu menatap wajah anaknya yang
masih menangis.
Tapi kemudian apabila anak ini tersedar tentang tangannya yang kudung,
saat itu dia berkata dalam kesayuan, "Ayah, tangan adik dah tak ada,
adik dah tak boleh melukis lagi, kalau adik dah besar nanti macamana nak
jaga ayah..macamana adik nak mandikan ayah. Tangan adik dah tak ada
lagi...Ayah, pulangkan tangan adik."
Tangisan adik terlalu kuat, sangat menyayat hati. Ayah hanya
mampu menangis semahu-mahunya. Apakah yang mampu dia perbetulkan kini?
Dia merangkul anaknya dengan pandangan kosong melihat anak bersama
cita-citanya yang berkecai dan berderai.
Marilah kita meneroka ke dalam hati si ayah dan bertanya terus kepada keyakinannya:
"Bukankah anak ini harta yang paling berharga?"
Ya
"Bukankah anak permata hati?"
Benar.
"Bukankah anak ini ditunggu sejak kelahirannya, digomol penuh manja masa
kecilnya, apabila berjauhan anda merinduinya, dia memanggil ayah dan
menjadikan hidup anda bahagia?"
Benar, benar dan benar.
"Kalau begitu, samakah nilainya dengan warna kereta baru anda?
Tidak sama sekali.
"Jadi, kenapa anda sanggup memusnahkan cita-citanya dengan amarahmu itu?"
Errr.. (tiada jawapan).
Sampai di sini kita sedar ada perselisihan ketara antara keyakinannya
dengan apa yang dia buat. Dia mungkin tidak dapai mencari jawapan
kenapa, tetapi telah mengetahui akibatnya.
Justeru itu bagi kita, sekiranya keyakinan tidak dapat memperkuat amal, tambahkan satu lagi kayakinan bahawa:
Kebinasaan pasti menunggu mereka yang gagal beramal mengikut keyakinannya!
"May our songs be true to what we see on the horizon."
sedihh,,pkonya ini bgs !!bngung mw nulis ap lgi..
ReplyDeleteApaa Ini Copas asu
ReplyDeleteDewakiukiu adalah agen poker online terbaik dan
ReplyDeleteterpercaya di indonesia
http://dewakiukiu.com/app/Default0.aspx?lang=id
DEWAKIUKIU ini menyediakan Bonus-bonus yang
sangat menarik kepada seluruh member setia kami ,
Bonus – bonus akan selalu kami hadirkan untuk para
member setia kami
dan kami sangat fast respon dengan DEPO DAN WD
kami
Penasaran dengan Bonus-bonus yang disediakan oleh
DEWAKIUKIU ini untuk anda ? Yuk langsung saja
Kunjungi
http://dewakiukiu.com/Register.aspx?lang=id
http://dewakiukiu.com/app/Default0.aspx?
https://detiknewsdewakiukiu.blogspot.com
1USER ID UNTUK 7 GAMES
100 % PLAYER ASLI MEMBER ASLI TANPA
ROBOT
CONTACT PERSONS:
BBM : 33428C8D
WECHAT : DEWALKIUKIU
HP : +8585587781506
SKYPE : DEWAKIUKIU
--------
WWW.DEWAKIUKIU.COM
ALT LINK : WWW.DEWAKIUKIU.NET
ALT LINK : WWW.DEWAKIUKIU.INFO
terimakasih infonya, dan jangan lupa kunjungi balik website kami http://bit.ly/2PFnTLA
ReplyDelete